Yahudi Arab (
Bahasa Arab:
اليهود العرب [Al-Yahūd al-`Arab] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan),
Bahasa Ibrani:
יהודים ערבים [Yehudim `Aravim] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan)) ialah istilah berkontroversi yang merujuk kepada
orang Yahudi yang tinggal di
Dunia Arab, atau umat Yahudi yang berbangsa Arab.
[1]Istilah ini kadangkala digunakan pada awal
abad ke-20, semasa
Dunia Arab mempunyai bilangan Yahudi seramai kira-kira 1 juta orang, yang cuba mendapat penerimaan di negara-negara Arab baharu di sana. Kebanyakan orang ini telah berpindah ke
Israel dan
Eropah Barat, dan sebahagian kecil daripadanya ke
Amerika Syarikat dan
Amerika Selatan. Mereka lazimnya ber
bahasa Arab, mempunyai salah satu
jenis Bahasa Arab (lihat juga
Bahasa-bahasa Judæo-Arab) sebagai bahasa utama komuniti, dengan
Bahasa Ibrani disimpan sebagai sebuah
bahasa liturgi. Sejak pengasasan
Negeri Israel, penggunaan istilah ini banyak berkurang dan digantikan dengan istilah
Yahudi Sephard dan
Yahudi Mizrah. Pada zaman kini, sesetengah cendekiawan – seperti
Ella Shohat, seorang cendekiawan
Timur Tengah di
Universiti New York, David Shasha, Pengarah Pusat Warisan Sephradik, dan Amiel Alcalay, seorang profesor di
Kolej Queen di New York – selama ini menitikberatkan kepentingan identiti mereka sebagai Yahudi Arab.
[2]